Harga Emas Jatuh Julai 2015


Harga emas semasa kini dilaporkan telah jatuh ke pasras terendah dalam tempoh lima tahun selepas didorong oleh jangkaan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat selain negara China pula mengurangkan pegangan rizab metal.



Harga untuk platinium jatuh ke paras terendah sejak tahun 2009 manakala untuk perak dan paladium pula paras kerugian dicatat melebihi dua peratus.

Dua hari lalu dagangan hadapan emas jatuh sebanyak 4.6 peratus kepada AS$1080 seaun dan didagangkan pada harga AS$1109.50 di Comex, New York.

Bagi Bulion penghantaran segera harga telah jatuh sebanyak 4.2 peratus kepada AS$1086.18 seaun, paras terendah sejak Mac 2010 dan didagangkan pada harga AS$1,106.90 pada jam 10.54 pagi di Singapura.

Harga emas mula mengalami kejatuhan apabila pelabur mula memilih dolar selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bersedia untuk menaikkan kadar matawang itu pada tahun ini.

Sementara itu China pada Jumaat lalu sejak pertama kalinya sejak tahun 2009 telah meningkatkan pengeluaran emasnya sebanyak 57% kepada 1,658 tan metrik.

Bagaimanapun jumlah tersebut masih rendah berbanding jangkaan awal.

"Pasaran berada dalam fasa kejatuhan di mana sebarang berita adalah berita buruk. Orang ramai menjangkakan pegangan China lebih tinggi," kata Pengurus LLP Baker Steel Capital, Davis Baker.


Previous
Next Post »