Rahsia Pelaburan Emas Azizi Ali

Rahsia Pelaburan Emas Azizi Ali | Korang boleh lihat temubual wartawan astro awani kepada penulis dan pakar kewangan Saudara Azizi Ali untuk dapat pemahaman sedikit sebanyak mengenai pelaburan emas dan Bagaimana nak elak daripada terjebak dengan skim cepat kaya atau pakman telo yang menggunakan platform emas. 

Boleh lihat video rakaman astro awani -> Rakaman temubual Azizi Ali

Nak melabur emas bukan boleh ambil mudah. Kena tahu tips dan teknik yang betul untuk korang mulakan pelaburan ni. Nasihat aku JANGAN MUDAH PERCAYA PADA CAKAP-CAKAP agen emas. Punca utama terjebak dalam skim cepat kaya adalah TAMAK.
Bagi yang baru nak mula melabur sila baca arikel ini dengan teliti sebelum korang mengalami kerugian dan ditipu Agen pelaburan emas. Bila duit lebur korang juga sengsara. Kalau buat repot polis sekalipun laporan korang akan dirujuk kepada pihak Bank Negara dan untuk dapat semula modal korang perlu lantik peguam untuk ambil tindakan sivil. Tak ke buang duit namanya tu..

Kalau cakap “Bodoh” marah tapi itulah hakikat dunia hari ini. Ramai yang nak cepat kaya dan sanggup ambil risiko atas alasan “program masih baru” dan syarikat adalah pioneer. Sifat tamak itu sendiri kebiasaannya akan memakan diri. 

Kalau korang ada pengalaman bolehlah share kat ruangan komen.

Siapa itu Azizi Ali?


Korang kenal tak dengan Azizi Ali. Individu yang akan aku ceritakan ni, akan menerangkan kepada korang bagaimana nak melabur emas dengan cara dan teknik yang betul dan PALING SELAMAT. Bagi korang yang masih baru dalam dunia pelaburan emas, aku percaya banyak persoalan mengenai emas yang bermain dalam benak minda. Yang korang selalu pikir “Untung” , “berapa keuntungan yang aku boleh buat dengan modal yang minimum”. dan lain-lain lagi. 

Sebelum tu..

Nasihat aku, eloklah korang belajar dahulu dengan orang yang bertauliah dan pakar. Korang boleh lihat video rakaman temubual Azizi Ali oleh astro awani dulu.


Dah tonton? Sekarang aku bagitahu siapa Azizi Ali ni
  • Beliau adalah seorang Chartered Financial Consultant (ChFC). Maksudnya beliau memang telah ditauliahkan untuk berikan nasihat kewangan kepada pihak bank, syarikat, atau orang persendirian. 
  • Penulis buku-buku mengenai pelaburan yang amat berjaya di Malaysia. Kiranya dah mencapai tahap jutawan dah Azizi Ali ni. 
  • Beliau juga adalah seorang pelabur emas dan punyai pegangan emas yang tinggi. Beliau bukannya penjual, tapi pelabur macam aku dan korang juga! Bagi aku nasihat yang beliau bagi bersifat lebih neutral dan tak berat sebelah. 
  • Beliau tak mewakili mana-mana syarikat emas, atau pelaburan emas di Malaysia. 


Tips dan Teknik Mantap pelaburan emas Azizi Ali


  1. Tips menjual dan membeli emas. Beliau akan terangkan dimana nak beli emas dengan harga murah dan jual semula pada harga tinggi untuk capai keuntungan maksimum. Paling mudah bagi aku adalah menjual emas di tempat yang diberli kerana kebiasaannya nilai beliannya lebih baik berbanding lain-lain kedai emas.
  2. Apa emas yang bagus untuk pelaburan emas? Jongkong, Dinar, Barang kemas atau akaun emas?
  3. Ada 3 jenis pelaburan yang WAJIB korang tahu dan korang boleh pilih amna yang korang suka untuk melabur. 
  4. Apa jenis emas yang tinggi harga jualan. Wajib tahu kalau tak korang akan alami kerugian.

Berikut aku kongsikan komen Azizi Ali mengenai pelaburan emas syarikat Pegasus Bullion.

Pelaburan emas Pegasus Bullion penipu
Komen Azizi Ali mengenai pelabuaran emas pegasus Bullion

Berita baik, segala persoalan dalam benak fikiran korang mengenai bagaimana nak melabur emas telah pun di rakamkan oleh saudara Azizi Ali dalam pakej Audio Rahsia Emas

Dalam pakej audio ni, beliau akan menerangkan :

  • 2 Sebab utama kenapa korang perlu melabur emas. Jika korang tahu rahsia ni, Hari ni juga korang akan cari emas. 
  • Sebab apa naik turun harga emas adalah perkara biasa? Jangan korang terkejut kalau kenaikan dan penurunan harga emas berubah mendadak. 
  • Apakah risiko-risiko dalam pelaburan emas? Bila korang perlu tahu risiko ini datang maka korang akan tahu bagaimana untuk kurangkannya. 
  • 3 Jenis pelaburan emas yang wajib korang tahu. Jadi korang boleh pilih yang mana satu korang suka.
  • Apakah jenis-jenis emas yang perlu korang pilih untuk jadikan sebagai pelaburan? Silap pilih korang bakal rugi.
  • Bagaimana nak memudahkan jualan emas. Beli memang mudah tetapi bukan mudah nak jual semula. 
  • Apakah jenis emas yang harga jualannya tinggi. Rugi kalau tak tahu rahsia ini. 
  • 4 Jenis emas yang patut korang elakkan beli kalau nak melabur. Ramai penjual emas marah kalau rahsia ini terbongkar.
  • 2 Tempat terbaik untuk beli emas. Tempat yang biasa dirahsia oleh penjual emas. 6 Langkah yang perlu kroang ikuti untuk beli emas. Jangan sampai perompak tahu yang korang ada emas. 
  • 13 Perkara yang WAJIB korang tahu kat MANA nak SIMPAN emas. Jangan sampai orang lain tahu. 
  • 5 Langkah bagaimana jual semula emas dengan selamat dan untung tinggi. 
  • Bilakah masa sesuai menjual semula emas? Elakkan membeli dan menjual semata-mata nak dapat untung. 
  • Sebab apa perlu elak dari kedai PAJAK GADAI? Kalau boleh masuk pun jangan. 
  • Berapa modal untuk melabur emas? Jangan tamak. Orang tamak selalu rugi. 
  • Itu sebab aku syorkan korang melabur ilmu dalam pelaburan emas dulu sebelum Korang pergi melabur emas. 


Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh rujuk -> Panduan Audio Rahsia Emas Azizi Ali

Banyak perkongsian yang bermanfaat dari Saudara Azizi Ali

Nota: Kalau korang nak melabur emas, Wajib belajar teknikal dan fundamentalnya, dan jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan nak membeli & melabur. Takut-takut melebur modal korang. Bagi aku membuat pelaburan ilmu amat MUSTAHAK sebelum sertai mana-mana pelaburan. Sayangilah duit hasil titik peluh korang tu
Latest
Previous
Next Post »