Dinar Emas Dan Dirham Perak.

Dinar Emas Dan Dirham Perak.

"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)

"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.
Previous
Next Post »